Full Screen ||  Normal Screen ||  Refresh Screen
Dunia yang terbalik

Dunia yang terbalik


BERSAMA ahli keluarganya.

HMetro
20 May 2016

Monte Santo, Brazil : Claudio Viera de Oliveira dilahirkan dengan kepalanya ke bawah dan anggota badan cacat teruk.

Ibunya pernah dinasihatkan oleh doktor supaya membiarkan sahaja dia mati.

Namun, de Oliveira berjaya mengharungi hidup sehingga mampu menulis buku mengenai kehidupannya selepas mencapai usia 40.

Dia yang berasal dari Monte Santo, Brazil menghidap artrogriposis, keadaan luar biasa yang menyebabkan sendinya bersimpul. Keadaan itu juga menyebabkan kepalanya berada di bawah dan menghadap ke arah yang bertentangan.

Tetapi selepas menyedari dia mampu menggunakan pen dengan memasukkannya ke dalam mulut untuk menaip perkataan dan bibir untuk mengendalikan tetikus dan telefon, De Oliveira mencipta cara untuk mengatasi rintangan yang dihadapinya.

Dia kini mempunyai kelulusan sebagai akauntan dan memberikan ceramah di beberapa majlis khas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2016 @ 5:02 AM