Full Screen || Normal Screen Bala Ponteng Kelas

Bala Ponteng Kelas


DE terpaksa menderita sebelum anggota bomba dapat memotong bilah pagar berkenaan dan mengejarkannya ke hospital


HMetro: 3 Ogos, 2012

Beijing: Seperti pepatah "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat," begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.

Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkanmelarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.

Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah unutk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan unutk menjalani pembedahan kecemasan.